Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
48. Kos memegang senjata kimia, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan
Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.