Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian III · Kewajipan dan Keistimewaan Koperasi
16. Bukti catatan dalam buku koperasi
Feedback & supportSalinan apa-apa catatan dalam suatu buku suatu koperasi yang lazim disimpan dalam perjalanan urusannya hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, diterima dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, dan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan di dalamnya dalam tiap-tiap kes jika, dan sehingga takat yang sama sebagaimana, catatan yang asal itu sendiri boleh diterima.
Tiada pegawai mana-mana koperasi boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang koperasi itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku koperasi itu, yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1), atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang direkodkan di
Koperasi 23
dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab khas.