Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian III · Kewajipan dan Keistimewaan Koperasi
17. Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota
Feedback & support(1)
Undang-undang kecil suatu koperasi hendaklah, apabila didaftarkan, mengikat koperasi itu dan anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil itu telah ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang kecil itu.
(2)
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, menghendaki undang-undang kecil suatu koperasi untuk mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan atau pendedahan yang dibenarkan dan undang-undang kecil itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (1), mengikat koperasi itu dan anggotanya.