Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2015Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian

65. Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen

Feedback & support
(1)

Jika, dalam perjalanan, atau berikutan dengan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, ternyata bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah telah dilakukan, Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki mana-mana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi itu atau mana-mana tempat lain yang dipercayai boleh membantu pemeriksaan atau penyiasatan dan boleh menyita dan menahan apa-apa buku, akaun, dokumen sekuriti dan wang tunai koperasi itu yang boleh memberikan keterangan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah, jika pada pendapat Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa itu—

(a)

pemeriksaan buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu, penyalinannya atau pembuatan cabutan daripadanya, tidak dapat dengan semunasabahnya diusahakan tanpa menyita atau merampasnya;

(b)

buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan jika ia disita atau dirampas; atau

Koperasi 57

(c)

buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Tiada koperasi atau pegawai koperasi boleh—

(a)

gagal untuk—

(i)

membenarkan akses kepada;

(ii)

memberi milikan; atau

(iii)

mengemukakan, buku, akaun, dokumen, sekuriti atau wang tunainya; atau

(b)

gagal untuk memberi maklumat atau kemudahan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini.

(3)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi it

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules