Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian
76. Suruhanjaya boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebut dalam seksyen 74—
Feedback & supportmembatalkan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan;
memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan;
meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu;
dengan perintah secara bertulis mengehadkan kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75;
menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi;
mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikan kuasa pembahagian aset koperasi itu; dan
membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saran itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain.