Skip to content

Seksyen 69C

Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 69(2)(a)

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 83 of 119
Seksyen 69C
(1)

Jika kawalan sesuatu koperasi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), koperasi itu dan pegawainya hendaklah menyerahkan harta, urusan, aktiviti dan hal ehwalnya kepada kawalan itu, dan hendaklah memperuntukkan kepada Suruhanjaya dan, jika kawalan itu diambil alih oleh orang yang dilantik di bawah perenggan 69(2)(a), kepada orang yang dilantik itu, segala kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu.

(2)

Sepanjang tempoh kawalan sesuatu koperasi menurut suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), hendaklah terletak hak pada Suruhanjaya, atau pada orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, semua kuasa koperasi itu, anggotanya dan anggota Lembaganya, di bawah undangundang kecil koperasi itu, atau yang boleh dijalankan oleh koperasi itu atau anggotanya atau anggota Lembaganya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa cara lain, dan apa-apa kesulitan yang timbul berhubung dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan secara bertulis.

(3)

Selama tempoh berkuat kuasanya suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), tiada anggota Lembaga koperasi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam apa-apa urusan, aktiviti dan hal ehwal berhubung dengan koperasi itu, melainkan jika

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

dikehendaki atau dibenarkan oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu dan tiada saraan daripada apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga koperasi itu, melainkan jika ia diluluskan secara bertulis oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu berhubung dengan apa-apa urusan, aktiviti dan hal ehwal yang dikehendaki atau dibenarkan oleh

Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu.

(4)

Suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a) tidak mempunyai kesan sebagai memberi kepada, atau meletakhakkan pada, Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta koperasi yang dikaitkan dengan perintah itu.

(5)

Mana-mana pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Penyelesaian penjalanan kuasa di bawah subseksyen 69(1) dan (2) oleh