Skip to content

Seksyen 66

Siasatan

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 77 of 119
Seksyen 66
(1)

Suruhanjaya boleh, sama ada atau tidak, berikutan dengan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau audit di bawah seksyen 60, mengadakan suatu siasatan atau mengarahkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya melalui perintah secara bertulis bagi pihaknya untuk

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

mengadakan suatu siasatan tentang penubuhan, perjalanan dan kedudukan kewangan koperasi itu dan perbadanan berkaitannya, jika ada.

(2)

Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang, yang Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa ada sebab untuk percaya, mempunyai pengetahuan tentang mana-mana hal ehwal koperasi itu dan boleh memeriksa orang itu dengan sumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi itu dan perbadanan berkaitannya, jika ada, jika Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa buku, akaun dan dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah.

(3)

Tiap-tiap orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Suruhanjaya.