Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian
78. Had bagi bidang kuasa mahkamah sivil
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen 77, tiada mahkamah sivil boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembubaran suatu koperasi di bawah Akta ini, dan tiada rayuan boleh dibuat kepada mana-mana mahkamah sivil terhadap apa-apa perintah pelikuidasi.