Skip to content

Seksyen 15

Arahan Menteri

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 15 of 33
Seksyen 15

(1)

Menteri boleh memberi Yayasan atau Lembaga arahan yang bersifat am yang konsisten dengan peruntukan Akta ini tentang pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Yayasan atau Lembaga, dan Yayasan atau

Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan kuat kuasa kepada arahan itu.

(2)

Yayasan dan Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh

Menteri dari semasa ke semasa.