Seksyen 18
Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat
ActIn forceProvision 18 of 33
Seksyen 18
(1)
Yayasan boleh dari semasa ke semasa mengambil bekerja orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, dan hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan.
(2)
Yayasan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya, termasuk ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 17(2), dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan.