Seksyen 13
Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
ActIn forceProvision 13 of 33
Seksyen 13
(1)
Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan menghantar notis bertulis kepada—
(a)
Menteri, dalam hal Pengerusi; atau
(b)
Pengerusi, dalam hal anggota lain.
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, pelantikan seseorang anggota Yayasan atau Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk dia berbuat demikian.