Financial Reporting Act 1997 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian II · Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
8. Anggota Lembaga
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Pengerusi;
Akauntan Negara; dan
enam orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara akaun dan laporan kewangan dan dalam satu daripada bidang yang berikut atau lebih:
Laporan Kewangan 13
perakaunan;
undang-undang;
perniagaan;
kewangan.
Sekurang-kurangnya lima orang daripada anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah anggota Institut Akauntan Malaysia.
Menteri boleh melantik tiga orang penasihat kepada Lembaga untuk mewakili—
Suruhanjaya Sekuriti;
Bank Negara; dan
Pendaftar Syarikat.
Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perakaunan, undang-undang, perniagaan atau kewangan.
Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri.