Seksyen 17
Pengambilan khidmat ketua pegawai eksekutif dan orang lain
Lembaga boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana perkara yang tertentu, mengambil khidmat, atas terma dan syarat pengambilan khidmat yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Yayasan, mana-mana orang untuk memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperlukan atau ditentukan oleh Yayasan atau Lembaga berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Yayasan atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.
(2)
Yayasan hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang fungsi dan kewajipannya hendaklah termasuk
Laporan Kewangan 17
membantu Lembaga dalam pentadbiran harian Lembaga dan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.