Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2012Read it in English

Bahagian II · Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia

6. Mesyuarat Yayasan

Feedback & support
(1)

Enam orang anggota Yayasan hendaklah membentuk kuorum pada

10

Undang-Undang Malaysia semua mesyuarat Yayasan.

(2)

Pengerusi Yayasan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Yayasan.

(3)

Jika Pengerusi Yayasan tidak hadir pada mana-mana mesyuarat

Yayasan, anggota yang hadir pada mesyuarat Yayasan itu hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a)

hingga (f) yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Mana-mana anggota Yayasan boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain.

(5)

Seseorang anggota Yayasan yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan telah menghadiri mesyuarat itu.

(6)

Tertakluk kepada subseksyen (2), (3), (4) dan (5), Yayasan boleh menentukan penjalanan prosidingnya.

Report