Financial Reporting Act 1997 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian II · Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
4. Fungsi Yayasan
Feedback & supportFungsi Yayasan adalah—
untuk menyelia penjalanan fungsi oleh Lembaga di bawah seksyen 7; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta.
Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1),
Yayasan hendaklah bertanggungjawab—
memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi Lembaga di bawah seksyen 7;
mengkaji semula prestasi Lembaga; dan
bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga.
Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
Laporan Kewangan 9