Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

100. Kecualian bagi lesen dan daftar

Feedback & support
(1)

Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 93 atau mana-mana peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, memegang suatu lesen sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh ditetapkan disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh lesen itu dan hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 72

(2)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan, penggantungan dan pembaharuan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan dilesenkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana permohonan lesen di bawah Akta ini oleh seseorang yang disifatkan telah dilesenkan menurut kuasa subseksyen (1)

hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.

(4)

Semua daftar yang disimpan dan disenggara di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh ditetapkan disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggara di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar itu.

Report