Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

95. Pemindahmilikan harta

Feedback & support
(1)

Semua tanah yang sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh itu, dengan kuasa Akta ini, terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga.

Report