Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

101. Aktiviti yang baginya suatu lesen di bawah Akta ini terpakai

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen 100, mana-mana orang yang, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, sedang mengusahakan suatu aktiviti yang Akta ini terpakai baginya hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh ditetapkan, memohon suatu lesen di bawah seksyen 40 dan permohonan yang sedemikian hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.

(2)

Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan akuan terima kepada orang itu.

(3)

Sementara menunggu keputusan permohonan itu, orang itu boleh terus mengusahakan aktiviti itu.

Report