Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

98. Keanggotaan Lembaga dibubarkan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, anggota Lembaga dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada tarikh itu.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 71

(2)

Tiada apa jua pun dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga dibubarkan yang tamat tempoh jawatannya dan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas tarikh ditetapkan, Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum tarikh ditetapkan.

Report