Skip to content

Seksyen 99

Penerusan pegawai dan pekhidmat

of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009

ActIn forceProvision 99 of 106
Seksyen 99
(1)

Orang yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, disifatkan telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga yang ditubuhkan oleh

Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh ditetapkan.

(3)

Jika perubahan dibuat pada atau selepas tarikh ditetapkan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat

Lembaga dibubarkan yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberi pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang baru.