Seksyen 25
Kesalahan
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Mana-mana orang yang meletakkan sampah, kaca, rumput-rampai, sampah-sarap atau apa-apa benda lain yang berbahaya dalam kawasan hak lalu-lalang lebuh raya itu *melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
menggunakan apa-apa tiket atau kupon tiruan atau palsu untuk membayar apa-apa tol yang dikehendaki dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini atau cuba menggunakan lebuh raya itu tanpa membayar tol yang ditetapkan oleh
Lembaga; atau
(b)
dengan sengaja, dengan niat jahat dan dengan paksaan memecahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta
Lembaga termasuklah apa-apa alat pungutan tol berjentera atau elektronik kepunyaan Lembaga atau apa-apa alat perlengkapannya,
**melakukan suatu kesalahan.
Penalti am