Seksyen 28
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan bertulis
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
ActIn forceProvision 33 of 40
Seksyen 28
(1)
Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan bertulis mengenai apa-apa aspek fungsi Lembaga kepada Lembaga dan tiap-tiap arahan itu hendaklah mengikat Lembaga.
(2)
Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.