Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
32. Pemindahan hakmilik tanah daripada Lembaga kepada Kerajaan Persekutuan
Feedback & supportJika mana-mana tanah yang terletak hak pada Lembaga termasuk dalam mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen 21A, Kerajaan Persekutuan dan Lembaga hendaklah mencapai suatu perkiraan bagi pemindahan hakmilik tanah itu kepada Kerajaan Persekutuan.