Seksyen 30
Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan Akta
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Semua perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan
Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya yang selaras dengan tujuan dan maksud am Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dilakukan akibat daripada melakukan perbuatan atau perkara itu termasuklah apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan anggota, pegawai atau penjawat Lembaga kecuali setakat untuk membenarkan pelantikan sementara orang itu sehingga pelantikan yang sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 29