Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian VIII · Peruntukan Am yang Berhubungan Dengan Kelulusan atau Lesen

39. Penilaian pengendalian

Feedback & support
(1)

Pemegang lesen hendaklah, jika dikehendaki oleh Ketua

Pengarah untuk berbuat demikian, mengemukakan apa-apa rekod atau maklumat lain yang berhubungan dengan pengendalian makmal patologi berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen telah diberikan bagi maksud penilaian atau pemeriksaan perkhidmatan patologi yang disediakan.

(2)

Dalam mengemukakan apa-apa rekod atau maklumat lain bagi penilaian atau pemeriksaan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah membayar kos penilaian atau pemeriksaan itu dan apa-apa kos lain sebagaimana yang semunasabahnya ditanggung berkaitan dengan penilaian atau pemeriksaan itu kepada Ketua

Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan rekod atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan selepas berpuas hati bahawa makmal patologi berlesen itu telah gagal untuk mengekalkan piawaian atau kualiti yang dikehendaki bagi pengendaliannya berkenaan dengan lesen yang telah diberikan, menggantung atau membatalkan lesen itu.

(4)

Kos yang kena dibayar di bawah subseksyen (2) hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Makmal Patologi 37

Report

Bahagian IX

Kualiti Makmal Patologi

Bahagian X

Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi

Bahagian XI

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XII

Penguatkuasaan

Bahagian XIII

Pelbagai

Schedules