Skip to content

Seksyen 41

Sekatan ke atas peluasan dan pengubahan

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 41 of 87
Seksyen 41
(1)

Melainkan jika dengan kelulusan bertulis Ketua Pengarah terlebih dahulu, tiada seorang pun boleh membuat apa-apa peluasan atau pengubahan rangka binaan kepada mana-mana makmal patologi berlesen, atau kepada mana-mana bahagiannya yang menjejaskan—

(a)

maksud yang baginya makmal patologi berlesen itu dikendalikan atau disediakan;

(b)

apa-apa terma atau syarat kelulusan atau lesen; atau

(c)

apa-apa kehendak atau piawaian makmal patologi berlesen yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 674

(2)

Suatu permohonan bagi peluasan atau pengubahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;

dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.