Skip to content

Seksyen 40

Sekatan ke atas penggunaan premis

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 40 of 87
Seksyen 40
(1)

Premis yang dimaksudkan oleh suatu kelulusan atau lesen tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud yang berkenaan dengannya kelulusan atau lesen itu diberikan dan maksud yang semunasabahnya bersampingan dengannya.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.