Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian IV
28. Section 28
Feedback & supportYang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana pegawai awam untuk menjadi Pendaftar Besar Perkahwinan bagi maksud Akta ini dan dia hendaklah menjalankan penyeliaan dan pengawalan am terhadap Pendaftar-Pendaftar dan mengenai pendaftaran perkahwinan di bawah Akta ini dan mana-mana pegawai awam lain menjadi
Timbalan Pendaftar Besar Perkahwinan.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 31
Menteri boleh melantik beberapa orang pegawai awam mengikut nama atau jawatan menjadi—
Penolong Pendaftar Besar Perkahwinan;
Penguasa Pendaftar Perkahwinan; dan
Pendaftar
Perkahwinan dan
Timbalan
Pendaftar
Perkahwinan bagi mana-mana daerah perkahwinan dalam sesuatu Negeri dan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu.
Menteri boleh, sebagai tambahan, melantik mengikut nama atau jawatan, mana-mana orang sama ada pegawai awam atau bukan, untuk menjadi Penolong Pendaftar Perkahwinan berkenaan dengan sesuatu kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala bagi mana-mana daerah perkahwinan dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu, dan tiap-tiap orang yang dilantik sedemikian dan juga tiap-tiap Pendaftar, Timbalan
Pendaftar dan Penolong Pendaftar lain, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan:
Dengan syarat bahawa pelantikan itu hendaklah dibuat atas syor atau penamaan daripada wakil yang diiktiraf bagi kaum, suku, jawatankuasa pengurusan persatuan itu atau pihak berkuasa pengelolaan suatu mazhab, gereja atau rumah berhala, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Menteri boleh, melalui pemberitahun dalam Warta, melantik mana-mana ahli daripada kakitangan diplomatik
Malaysia di mana-mana negara, sama ada mengikut nama atau jawatan, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan bagi maksud Akta ini di negara itu.
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam sesuatu Negeri dan
Wilayah Persekutuan sebagai suatu daerah perkahwinan dan menentukan sempadan setiap daerah; dan jika seseorang Penolong
Pendaftar Perkahwinan dilantik di bawah subseksyen (3), Menteri boleh menentukan kawasan yang berlainan sebagai daerah
32
Undang-Undang Malaysia perkahwinan bagi mana-mana kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala tertentu.
Penolong Pendaftar Besar dan Penguasa Pendaftar boleh tertakluk pada apa-apa arahan am atau khas daripada Pendaftar Besar menjalankan apa-apa kuasa dan tugas Pendaftar Besar yang diberi dan dipertanggungkan oleh Akta ini.