Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian IV
33. Pendaftaran sukarela mengenai perkahwinan yang dahulunya diupacarakan di bawah agama atau adat
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan seksyen 4, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum tarikh yang ditetapkan boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 35
pada bila-bila masa kepada seseorang Pendaftar dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan.
Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, sebagaimana yang dikehendaki olehnya dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.
Pendaftar boleh, apabila berpuas hati tentang kebenaran pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butirnya dalam daftar perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud itu.
Catatan mengenai perkahwinan itu dalam daftar perkahwinan hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika hadir, kalau tidak, oleh mana-mana pihak yang hadir di hadapan Pendaftar untuk melaksanakan pendaftaran perkahwinan itu.
Apabila perkahwinan itu didaftarkan, Pendaftar hendaklah menyerahkan salinan ketiga daftar itu kepada pihak-pihak kepada perkahwinan itu, salinan asal kepada Pendaftar Besar dan salinan pendua kepada Penguasa Pendaftar.
Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah tidak sah di bawah Akta ini.