Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian IV
32. Daftar tidak sah
Feedback & supportTiada seseorang, selain Pendaftar Besar atau seseorang Penguasa
Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini, boleh—
(a)
menyimpan sesuatu buku yang mana adalah atau berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut peruntukan
Akta ini; atau
(b)
mengeluarkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen yang mana adalah atau berupa sebagai suatu salinan bagi sesuatu perakuan sesuatu perkahwinan atau sesuatu perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.