Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian IV

31. Pendaftaran perkahwinan di negara asing oleh warganegara Malaysia atau orang yang berdomisil di Malaysia

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang adalah seorang warganegara Malaysia atau berdomisil di Malaysia dan dia telah berkahwin di luar negara,

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 33

iaitu bukan suatu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 26, maka orang itu hendaklah—

(a)

dalam tempoh enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar yang terdekat sekali atau yang boleh didapati dengan mudah sekali di luar negara; dan

(b)

mendaftarkan perkahwinan itu.

(1A)

Jika sebelum tamatnya tempoh enam bulan di bawah perenggan (1)(a) itu, salah satu atau kedua-dua pihak yang berkahwin itu pulang ke Malaysia dan perkahwinan itu belum lagi didaftarkan, maka orang itu hendaklah—

(a)

dalam tempoh enam bulan selepas sahaja tiba di Malaysia, hadir di hadapan mana-mana Pendaftar; dan

(b)

mendaftarkan perkahwinan itu.

(1B)

Seseorang yang memohon untuk mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah subseksyen (1) atau (lA) hendaklah—

(a)

mengemukakan kepada

Pendaftar itu perakuan perkahwinan itu atau apa-apa keterangan sama ada lisan atau dokumentar yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;

(b)

memberi apa-apa butir yang dikehendaki oleh Pendaftar itu untuk mendaftarkan perkahwinan itu dengan sepatutnya;

dan

(c)

memohon dalam borang yang ditetapkan supaya pendaftaran perkahwinan itu dilaksanakan dan menandatangani akuan di dalamnya itu.

(2)

Seseorang Pendaftar boleh tidak menghendaki kehadiran seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu jika dia berpuas hati bahawa ada sebab yang baik dan mencukupi bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam daftar perkahwinan

34

Undang-Undang Malaysia itu hendaklah termasuk suatu pernyataan mengenai sebab-sebab pihak itu tidak hadir.

(3)

Apabila sesuatu perkahwinan didaftarkan di bawah seksyen ini,

Pendaftar hendaklah menyerahkan salinan ketiga daftar itu kepada pihak-pihak kepada perkahwinan itu dan salinan asalnya kepada

Pendaftar Besar dan salinan pendua kepada Penguasa Perkahwinan yang hendaklah menyebabkan salinan-salinan itu dijilid kesemuanya untuk menjadi Daftar Perkahwinan Luar Negara.

(4)

Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan seseorang

Pendaftar dalam tempoh sebagaimana ditetapkan dalam subseksyen

(1)

, perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan oleh Pendaftar dengan bayaran sesuatu penalti sebagaimana yang ditetapkan.

Report

Bahagian V

Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules