Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian IV
30. Salinan catatan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Besar
Feedback & support(1)
Pendaftar yang mengupacarakan perkahwinan hendaklah menyerahkan kepada Pendaftar Besar salinan asal dan kepada
Penguasa Pendaftar salinan pendua bagi tiap-tiap catatan yang dibuat dalam daftar perkahwinan sebagaimana telah diakusaksikan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu dan oleh saksi-saksi dan sebagaimana yang ditandatangani olehnya.
(2)
Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Pendaftar Besar dan
Penguasa Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah menjadi daftar-daftar perkahwinan Pendaftar Besar dan Penguasa
Pendaftar masing-masing.