Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian X · Kesalahan dan Penalti
53. Larangan ke atas pengiklanan, dsb
Feedback & supportTiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai atau mempromosikan sesuatu penyedia latihan kemahiran sebagai suatu pusat bertauliah, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan penyedia latihan kemahiran telah mempunyai suatu program latihan kemahiran yang ditauliahkan di bawah Akta ini.
Tiada seorang pun boleh mempromosi suatu program latihan kemahiran sebagai suatu program yang ditauliahkan, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan program latihan kemahiran itu telah ditauliahkan di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.