Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian X · Kesalahan dan Penalti
63. Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen
Feedback & supportJika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan
Akta ini telah dilakukan oleh orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah—
seorang anggota lembaga pengarah;
36
Undang-Undang Malaysia
seorang pegawai;
seorang pekerja; atau
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran, maka penyedia latihan kemahiran itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu.
Dalam sesuatu pendakwaan terhadap sesuatu penyedia latihan kemahiran di bawah subseksyen (1) berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh—
seorang anggota lembaga pengarah;
seorang pegawai;
seorang pekerja; atau
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didakwa di bawah subseksyen (1) jika penyedia latihan kemahiran itu membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiaran penyedia latihan kemahiran itu; atau
bahawa penyedia latihan kemahiran itu telah—
mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah; dan
menjalankan segala usaha yang wajar, untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu, dengan mengambil kira jenis fungsi anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen atas sifat itu dan segala hal keadaan.