Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian X · Kesalahan dan Penalti
55. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan persijilan
Feedback & supportMana-mana orang yang, atau mana-mana institusi atau penyedia latihan kemahiran yang mengeluarkan atau menganugerahkan kepada mana-mana orang, atau yang ada dalam milikannya apa-apa sijil palsu secara yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit tetapi
32
Undang-Undang Malaysia
tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana penyedia latihan kemahiran selain pusat yang ditauliahkan yang mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa persijilan yang didakwa sebagai mematuhi Standard melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.