Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian X · Kesalahan dan Penalti
57. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Feedback & supportMana-mana orang yang, semasa membuat permohonan bagi pentauliahan suatu program latihan kemahiran di bawah Akta ini, membuat apa-apa penyataan yang diketahuinya adalah palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butiran material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.