Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian X · Kesalahan dan Penalti
61. Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan
Feedback & supportMana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh disabitkan ke atasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.