Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian VI · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Luar Pesisir

26. Kehendak suatu lesen penyimpanan luar pesisir

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan pengendalian tapak penyimpanan di kawasan luar pesisir Malaysia bagi penyimpanan kekal karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar

Malaysia tanpa suatu lesen penyimpanan luar pesisir yang diberikan oleh Agensi.

(2)

Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan luar pesisir itu diberikan atau ditolak.

(4)

Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am