Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian VI · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Luar Pesisir

32. Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan luar pesisir

Feedback & support
(1)

Jika suatu tapak penyimpanan telah ditutup menurut seksyen 31, obligasi yang berhubungan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan dan Kerajaan hendaklah mengeluarkan suatu sijil kepada pengendali luar pesisir untuk mendokumenkan pemindahan obligasi itu.

(2)

Pemindahan semua obligasi kepada Kerajaan di bawah subseksyen (1) hanya akan berlaku jika—

(a)

suatu tempoh yang ditetapkan telah luput daripada pengeluaran sijil penutupan di bawah subseksyen 31(1);

dan

(b)

syarat lain yang ditetapkan dalam sijil penutupan telah dipenuhi.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan obligasi kepada

Kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk pemindahan apa-apa liabiliti undang-undang jenayah, kontrak atau sivil yang berkaitan dengan tapak penyimpanan itu yang disebabkan oleh kesalahan, kecuaian atau penipuan pengendali luar pesisir, atau kegagalan pengendali luar pesisir itu untuk menjalankan apa-apa usaha wajar.

Report

Bahagian VII

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am