Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian VI · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Luar Pesisir

30. Levi suntikan

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menurut syor yang dibuat oleh Agensi, menentukan kadar levi suntikan yang perlu dibayar oleh pengendali luar pesisir bagi maksud pemantauan jangka masa panjang setiap tapak penyimpanan oleh Kerajaan, selepas Agensi berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan.

(2)

Kadar suntikan levi itu—

(a)

hendaklah ditentukan berdasarkan risiko dan kebarangkalian risiko setiap tapak penyimpanan; dan

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Karbon 25

(b)

tidak boleh dinaikkan disebabkan oleh pengeluaran daripada Kumpulan Wang atau risiko yang dikaitkan dengan projek penyimpanan luar pesisir yang lain.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (2)—

(a)

Agensi boleh mengkaji semula kadar levi suntikan bagi setiap lima tahun, setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan; dan

(b)

pengendali luar pesisir sebagaimana yang difikirkan perlu boleh meminta Agensi supaya mengkaji semula kadar levi suntikan.

Report

Bahagian VII

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am