Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian VI · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Luar Pesisir

31. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan luar pesisir

Feedback & support
(1)

Tiada tapak penyimpanan boleh ditutup dan tiada sijil penutupan boleh dikeluarkan oleh Agensi melainkan jika syarat bagi penutupan yang ditetapkan telah dipatuhi.

(2)

Selepas suatu tapak penyimpanan telah ditutup menurut subseksyen (1), pengendali luar pesisir hendaklah tetap bertanggungjawab bagi—

(a)

memantau tapak penyimpanan itu dan melaporkan hasil pemantauan kepada Agensi;

(b)

apa-apa langkah pembetulan;

(c)

apa-apa langkah pemulihan; dan

(d)

apa-apa aktiviti lain yang ditetapkan, sehingga obligasi berhubung dengan tapak penyimpanan itu dipindahkan kepada Kerajaan menurut seksyen 32.

26

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VII

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am