Seksyen 18
Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
Walau apa pun peruntukan seksyen 17, jika sebelum penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, pemberhentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari pemberhentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya.
(2)
Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk pada seksyen 17, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini.