Skip to content

Seksyen 19

Pencen hilang upaya

of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

ActIn forceProvision 27 of 40
Seksyen 19
(1)

Sebagai tambahan kepada pembayaran di bawah seksyen 9,

Menteri boleh memberikan pencen hilang upaya di bawah peraturan-peraturan itu jika seseorang pekerja, selain seorang pekerja kontrak, adalah dikehendaki bersara akibat daripada—

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 25

(a)

menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau

(b)

mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “bencana” atau “penyakit” ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, atau yang tidak menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari, kecuaian atau salah lakunya.

Pencen tanggungan