Seksyen 11
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
ActIn forceProvision 11 of 37
Seksyen 11
(1)
Perbadanan boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan urusannya dengan cekap.
(2)
Pegawai dan pekhidmat
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah.
(3)
Pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi tempoh atau tempoh-tempoh, menerima saraan, fi, dan elaun, dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh
Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
(4)
Perbadanan adalah berkuasa membentuk dan mengatur tatacara bagi pelantikan dan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
Bahagian pentadbiran