14. Mesyuarat jawatankuasa
Feedback & supportSemasa pengerusi jawatankuasa tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa, mana-mana anggota lain jawatankuasa itu yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Korum bagi sesuatu mesyuarat jawatankuasa ialah tiga.
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi suatu undi pemutus.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang ke mana-mana mesyuaratnya mana-mana orang yang pada pendapatnya boleh memberi sumbangan kepada perbincangannya; tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.
Tertakluk kepada seskyen ini dan arahan Perbadanan sesuatu jawatankuasa hendaklah mengatur tatacaranya sendiri.