Seksyen 13
Jawatankuasa
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
(1)
Perbadanan boleh melantik jawatankuasa yang difikirkan perlu untuk menjalankan fungsi yang diwakilkan kepada mereka oleh
Perbadanan atau untuk memeriksa dan melaporkan kepada
Perbadanan mengenai apa-apa perkara yang terbit daripada atau berkaitan dengan mana-mana tugas dan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi menjalankan fungsinya dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan am Perbadanan.
(3)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang lagi.
(4)
Sesuatu jawatankuasa boleh terdiri daripada orang yang bukan anggota Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 15
(5)
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar saraan atau elaun sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan
Menteri.
(6)
Tiap-tiap jawatankuasa yang ada sebelum sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah subseksyen (1).