Skip to content

Seksyen 7

Tugas Perbadanan

of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

ActIn forceProvision 7 of 37
Seksyen 7
(1)

Tugas Perbadanan adalah–

(a)

memajukan dan, di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional;

(b)

memajukan dan menggiat perkembangan dan memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat, dan pengembang;

(c)

memandu, mengorientasi, dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan, dan pemasaran;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 11

(d)

mengawal, meninggikan, dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negeri; dan

(e)

memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran kraftangan.

(2)

Dalam menjalankan tugas di bawah subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah menitikberatkan dengan sewajarnya soal perlunya melindungi kepentingan istimewa tukang-tukang tradisional.