Seksyen 6
Mesyuarat Perbadanan
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
ActIn forceProvision 6 of 37
Seksyen 6
(1)
Semasa Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat
Perbadanan, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu, dan jika Timbalan Pengerusi juga tidak hadir, seorang anggota lain yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(2)
Korum bagi sesuatu mesyuarat Perbadanan ialah empat.
(3)
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah memberi suatu undi pemutus.