Seksyen 9
Kuasa menubuhkan anak perbadanan dan syarikat
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan–
(a)
melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menubuhkan suatu anak perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
(b)
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan suatu syarikat dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Perbadanan; atau
(c)
mengambil alih sesuatu syarikat, untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan mengurus apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau dijalankan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 7
atau dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 8.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 13
(2)
Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakai bagi tiap-tiap anak perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965
adalah terpakai bagi tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).