Seksyen 10
Kuasa Perbadanan
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kuasa
Perbadanan adalah termasuk kuasa―
(a)
untuk membuat kontrak;
(b)
untuk menggunakan semua harta Perbadanan, alih atau tak alih, untuk kepentingan Kumpulan Wang mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan termasuk memperdapatkan pinjaman dengan menggadai janji harta itu;
(c)
untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan organisasi lain, bagi maksud menyelaras, memperkemas atau merasionalkan pemberian dan pentadbiran pinjaman pendidikan kepada pelajar yang menuntut di institusi pendidikan tinggi;
(d)
untuk mengenakan fi atau bayaran pentadbiran bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 17
(e)
untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Perbadanan;
(f)
untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan meggalakkan aktiviti rekreasi, dan aktiviti yang sesuai bagi, kebajikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(g)
untuk menyediakan latihan bagi pegawai dan pekhidmat
Perbadanan dan untuk memberikan pinjaman atau selainnya membayar bagi latihan itu; dan
(h)
untuk membuat apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.